Luar Negara

Sepanyol benarkan pelancong Britain masuk tanpa kuarantin

Mulai 1 Julai, Sepanyol buka pintu sempadan ke atas Portugal

PELANCONG Britain pastinya menyambut baik pengumuman yang dikeluarkan oleh kerajaan Sepanyol membenarkan mereka berkunjung ke negara Matador itu tanpa perlu menjalani kuarantin selama dua minggu mulai hari ini.

‘Keberanian’ Sepanyol membuka pintu kepada pelancong Britain tidak mendapat timbal balas yang serupa kerana Britain masih mengamalkan langkah-langkah kuarantin yang wajib dijalani selama tempoh dua minggu oleh mana-mana pelancong yang masuk ke negaranya.

Spain to allow Brits to visit without going into 14-day quarantine ...

Menteri Luar Sepanyol, Arancha Gonzalez Laya berkata, mereka akan membenarkan pelawat Britain memasuki Sepanyol sama seperti kawasan Kesatuan Eropah (EU) yang lain bermula 21 Jun 2020 tanpa kuarantin.

Sebagai rekod, negara itu mengakhiri perintah darurat COVID-19 yang dilaksanakan sejak 14 Mac lalu mulai hari ini, Ahad dan membuka sempadannya kepada negara-negara EU lain dalam usaha merangsang semula sektor pelancongan Sepanyol.

Walaupun tidak lagi mengenakan tempoh kuarantin selama dua minggu terhadap pelancong EU dan Britain, Gonzalez Laya berkata, pelancong Britain perlu menjalani pemeriksaan tiga kali iaitu pemeriksaan latar belakang, pengambilan suhu dan maklumat sekiranya pelancong ini perlu dikesan.

Sepanyol dan United Kingdom (UK) dikhabarkan masih dalam peringkat perbincangan sama ada UK akan mengambil langkah yang sama seperti Sepanyol yang membatalkan tempoh kuarantin terhadap pelancong dari Sepanyol yang mahu memasuki UK.

GAMBAR GOOGLE

Industri pelancongan di seluruh dunia terjejas ekoran pendamik COVID-19 yang mula melanda sejak akhir tahun lepas (2019) yang bermula di Wuhan, China.

Memandangkan warga Britain menyumbang lebih daripada satu perlima daripada 80 juta pelancong total yang masuk ke Sepanyol  setiap tahun, maka kerajaan Sepanyol perlu mengambil langkah membuka pintu sempadan yang sekaligus, menghidupkan semula sektor pelancongan negara itu.

Britain pula merekodkan lebih daripada 42,000  kematian akibat coronavirus dan Sepanyol, dengan lebih dari 28,000 kes merupakan antara negara yang paling teruk dilanda COVID-19.

Langkah proaktif yang diambil oleh Sepanyol bukan sahaja membenarkan pelancong Britain dan EU masuk ke negara mereka bahkan mulai 1 Julai nanti, Sepanyol  akan membuka sempadannya kepada Portugal.

Semalam, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez, dalam ucapan terakhir mingguannya yang disiarkan di televisyen sebelum berakhirnya keadaan darurat di negara itu, memberi amaran kepada warga Sepanyol agar tidak alpa kerana virus corona itu boleh kembali semula.

Selama dua bulan, Sepanyol terpaksa melaksanakan langkah penutupan ketat pintu masuk ke negaranya di Eropah dalam usaha untuk mengekang penularan COVID-19. – SM

(Visited 47 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button