Nasionalpilihan

Ross Ariffin kesal MACP bayar royalti RM400 setahun

Komposer Ross Ariffin atau nama sebenarnya Roslan Ariffin, 61, terkilan berhubung bayaran royalti rendah yang diterimanya sejak dua tahun lalu daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).

Menurut pemenang Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Album Pop Terbaik milik penyanyi Aishah itu mendakwa badan pengutip royalti gagal menjelaskan bayaran mengikut jumlah yang lazim diterimanya.

Menurutnya, bayaran royalti yang diterimanya sebelum ini bagi 64 karya artis terkenal tanah air adalah sebanyak RM4,000 setahun.

“Tetapi sejak dua tahun lalu saya hanya terima bayaran RM400 termasuk tahun ini dengan jumlah yang sama.

“Saya sendiri rasa pelik kenapa bayaran royalti yang saya terima terlalu
rendah berbanding sebelum ini untuk semua lagu ciptaan saya.

“Saya ada menghubungi MACP mempersoalan perkara ini dan mereka hanya menjawab keadaan semuanya semakin menurun dan itu menjadi sebab utama saya menerima bayaran RM400 setahun,” ujarnya ketika ditemui selepas membuat persembahan di Restoran Sangkeriau, Jalan Hang Tuah di sini malam tadi.

Menegaskan perkara itu Ross yang pernah memenangi Festival Lagu Dunia Golden Kite, Kesatuan Penyiaran Asia (ABU) menerusi lagu Semalam Ku Tolak Ke Tepi nyanyian Liza Aziz melahirkan rasa kesal dan hairan dengan alasan yang diberi MACP.

Menurutnya, dia merasa pelik kerana biarpun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) banyak lagu ciptaannya seperti Dia yang dinyanyikan Fauziah Latiff; Kau dan Aku nyanyian Ning Baizura; Kurniaan Dalam Samaran oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza kerap diputarkan di corong radio dan televisyen.

“Apabila tiada lagi PKP maupun pandemik Covid-19 sudah pulih saya harap MACP dapat mempertingkatkan kutipan dan mengembalikan semula bayaran royalti yang sepatutnya saya terima,” ujarnya.

Menurutnya, dia amat mengharapkan royalti tersebut bagi membiayai
kehidupannya yang tidak lagi menghasilkan karya lagu sejak pandemik
Covid-19 selain masalah kesihatan akibat diserang strok.

“Saya kini mencari rezeki dengan bermain piano di sebuah restoran di
Jalan Hang Tuah. Itupun atas ihsan pemiliknya,” ujarnya. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button