Politik

Perikatan Nasional mahukan parlimen dibubar

SETIAUSAHA Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Perikatan Nasional telah persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong supaya parlimen dibubarkan.

Keputusan itu diambil, kata Annuar, berikutan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu membentuk kerajaan uniti berdasarkan individu.

Ini bermakna kata beliau, perdana menteri akan memilih anggota kabinet berdasarkan individu dan bukan berasaskan parti.

“Ingin saya maklumkan bahawa Ahad lalu seperti semua sedia maklum presiden parti-parti telah mengadap Yang di-Pertuan Agong setelah kita dimaklumkan runtuh kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah sebahagian ahli parlimen PKR dipecat dan pengumuman Bersatu keluar gagasan Pakatan Harapan,” katanya pada sidang akhbar petang ini.

Katanya, sebagai gabungan terbesar para presiden parti menyatakan suatu deklarasi dengan menyatakan bersedia untuk menyokong Dr. Mahathir sekiranya beliau membentuk gabungan yang baharu.

“Dengan syarat gabungan itu tidak libatkan DAP, selepas Ahad beberapa peristiwa berlaku dan tidak dapat banyak berkongsi kerana hormati proses rundingan pucuk pimpinan parti.

“Sesuatu luar jangka dan rasa bertanggungjawab menjaga kestabilan dan keharmonian negara proses transisi dan pemimpin berunding dengan baik kerana kepentingan nasional diutamakan,” katanya.

Bagaimanapun kata Annuar, terkini ada cadangan selepas terlantik perdana menteri interim untuk Dr. Mahathir membentuk kerajaan uniti.

“Tadi mesyuarat sebelum ke Istana Negara berasaskan kepada kemungkinan dibentuk kerajaan uniti dan secara prinsip ia bercanggah dengan dasar parti-parti.

“Dasar parti bukan individu, kerajaan uniti dibentuk dengan bakal perdana menteri pilih individu, bukan parti dan ini bercanggah dengan pendirian parti.

“Oleh itu sokongan kepada Dr. Mahathir ditarik balik kerana dasarnya bercanggah kami tidak boleh bersekongkol, kalau DAP ada kita tidak sertai kerajaan itu.

“Pendirian kita ialah mandat harus dikembalkan kepada rakyat mohon supaya parlimen dibubarkan, biarlah rakyat yang tentukan,” katanya.

Katanya, cara luar negara akan mengundang ketidakstabilan, walaupun nampak baik ia hanya akan gadai masa depan negara.

“Kelambatan stabil kegagalan PH terpaksa dibayar mahal oleh rakyat kita merasakan nasib rakyat tidak boleh diperjudi,” katanya.

 

(Visited 412 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button