Luar Negara

Seorang maut, 99 hilang dalam runtuhan bangunan di Miami

SEKURANG-kurangnya seorang maut dan 99 orang hilang dalam kejadian sebahagian bangunan runtuh di pinggir bandar Surfside, Florida, awal pagi Khamis.

Datuk Bandar Miami Dade, ketika bercakap dalam sidang media, menyatakan kebimbangan bahawa bangunan itu boleh runtuh sepenuhnya.

Kira-kira 20 orang Yahudi adalah antara yang hilang dalam kejadian yang disahkan oleh kementerian luar Israel.

Juga turut hilang adalah ahli keluarga wanita pertama Paraguay dan seramai enam orang dari Paraguay tutut hilang ketika ini.

CNN melaporkan lewat malam Khamis bahawa empat orang Venezuela dan lapan orang Argentina adalah antara yang hilang.

Setakat ini, separuh unit bangunan telah runtuh, menurut Datuk Bandar Miami-Dade. Ribut petir telah menyebabkan operasi penyelamatan dihentikan. Seramai sepuluh orang dirawat di lokasi dan dua dibawa ke hospital.

Bangunan 12 tingkat, yang disebut Champlain Towers, terletak di 8777 Collins Avenue bersebelahan dengan 88th Street, terletak di salah satu kawasan kejiranan yang paling ramai Yahudi menetap di Miami. Ia dibina pada tahun 1981.

Sebuah hotel yang terletak di sebelah bangunan tersebut juga telah dikosongkan kerana mereka tidak dapat menjamin bahawa bangunannya stabil.

Saksi memberitahu berita tempatan 10 bahawa orang terperangkap di dalam menara selatan bangunan.-SM

 

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button