Rencah Hidup

Seorang lelaki terkejut temui sampul misteri ketika memancing disyaki berunsur sihir

Seorang lelaki yang ketika memancing di bawah Jambatan Telok, Lebuhraya E22 Senai Desaru terkejut apabila menemui satu sampul misteri.

Ketika ditemui sampul misteri itu diikat pada batu dan setelah dibuka, amat mengejutkan kerana terdapat gambar sepasang suami dan isteri.

Menurut netizen, sampul misteri itu berkemungkinan mengandungi unsur sihir dan meminta lelaki berkenaan untuk lebih berhati-hati.

Terdahulu dalam media sosial, cerita lelaki berkenaan yang menemui sampul misteri yang disyaki berunsur sihir itu tular dan mendapat perhatian ramai.

Menurut sumber gambar pasangan suami isteri itu digunakan bagi tujuan sihir pemisah kerana pada gambar kiri terdapat sesuatu yang pelik.


“Bila saya amati, ia seperti sihir pemisah kerana pada gambar kiri iaitu gambar perempuan, ia seperti ditutup dengan tanah hitam atau tanah kubur.

“Selebihnya saya tidak berani untuk belek kerana bulu roma dah berdiri,” kata sumber.

(Visited 97 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button