Politik

Seorang lagi calon PH di Perak positif Covid-19

IPOH – Seorang lagi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak dalam Parlimen Gopeng yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disahkan positif Covid-19.

Calon tersebut, Wong Chai Yi yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Pulai dijangkiti pagi semalam.

Perkara tersebut disahkan jurucakap Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya PKR Perak, Dr Lee Boon Chye.

Katanya, ekoran itu Chan Yin kini menjalani kuarantin dalam tempoh yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mungkin saya nak maklumkan bahawa calon DUN Simpang Pulai, Wong Chai Yi juga positif Covid-19. Tapi simptom tak serius dan telah mula kuarantin sehingga dimaklumkan oleh KKM.

“Saya harap calon yang satu lagi (kerusi DUN Teja, Sandrea Ng Shy Ching) tidak akan kena tapi dia pernah kena Covid-19 sebelum ini mungkin imuniti kuat sikit,” katanya kepada pemberita.

Isnin lalu, calon PH Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing positif Covid-19 setelah menjalani ujian kendiri sebanyak dua kali.

Beliau yang sedang menjalani kuarantin kini menggunakan saluran media sosial untuk berkempen termasuk mengadakan ceramah secara sidang video.

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button