Jenayah

Seorang anggota polis berparti di balai positif dadah

SEORANG daripada anggota polis yang ditahan ketika di sebuah balai polis di Kajang, Selangor disahkan positif dadah.

Hasil ujian saringan awal dijalankan terhadap lapan orang yang ditahan dalam serbuan pada pukul 6 petang kelmarin mendapati aggota terbabit positif dadah jenis THC.

“Sementara yang lain negatif,” kata Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Azri Ahmad ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Semalam media melaporkan lapan individu termasuk ketua balai polis bersama tiga anggotanya berhibur bersama empat wanita yang juga orang awam di sebuah balai polis di Kajang.

Mereka ditahan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Ketua balai polis yang ditahan berpangkat sub inspektor bersama dua anggotanya berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan ditahan ketika berhibur sambil dipercayai mengambil minuman keras dan air ketum dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Dalam serbuan pukul 6 petang itu polis turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan televisyen.

Turut ditemukan gambar lucah milik seorang polis bersama seorang daripada wanita ditahan. – SM

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button