Nasional

PKP3.0: RM1 bilion pastikan kesihatan awam tidak runtuh

KERAJAAN mengumumkan peruntukan RM3 bilion bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan kesihatan awam sekaligus memastikan sistem kesihatan tidak akan runtuh dan beroperasi dengan berkesan dalam mengekang Covid-19.

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yasin, daripada peruntukan tersebut sebanyak RM450 juta digunakan bagi meningkatkan kapasiti katil dan peralatan unit rawatan rapi (ICU) bagi rawatan Covid-19.

Peruntukan tersebut bukan sahaja untuk hospital seliaan Kementerian Kesihatan tetapi juga di Hospital Pengajar Universiti Awam dan hospital medan Aangkatan Tentera Malaysia seperti di Sabah dan Sarawak.

Muhyiddin berkata, penyumberan luar juga akan dilaksanakan kepada hospital swasta

Selain itu, sejumlah RM550 juta daripada peruntukan itu digunakan untuk menampung keperluan perbelanjaan berkaitan COVID-19 pelbagai agensi.

Antaranya pertambahan kos operasi dan pengurusan dalam menangani krisis kesihatan COVID termasuk ubat, reagen untuk saringan dan lantikan pegawai secara kontrak. Ini juga termasuk kos pengoperasian Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 atau PKRC di MAEPS dan di peringkat negeri.

Kerajaan juga akan melanjutkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan
jururawat lantikan kontrak sedia ada sehingga tahun 2022.

Sebagai tambahan, kerajaan juga akan melantik semula lebih 500 petugas kesihatan yang bersara wajib tahun ini secara kontrak.

Perdana Menteri dalam perutusannya mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan atau Pemerkasa+ bernilai RM40 bilion berikutan pelaksanaan PKP3.0.-SM

 

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button