Nasional

Kerajaan cadang buka lebih banyak pusat kesihatan komuniti – Rina

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan lebih banyak pusat kesihatan komuniti di seluruh negara bagi membolehkan masyarakat mendapat akses kepada amalan hidup sihat dengan lebih mudah dan murah.
Menterinya Rina Harun berkata, setakat ini, pusat kesihatan komuniti pertama diwujudkan di Johor Bahru yang dikenali sebagai Azlinda Unity Wellness Centre (AUWC).
“Kalau boleh di peringkat permulaan, satu di setiap negeri. Ini inisiatif yang baik kerana pusat kesihatan komuniti ini menyediakan perkhidmatan percuma melibatkan sesi perundingan dan senaman dengan peralatan gimnasium kepada golongan masyarakat yang menderita 4 penyakit, iaitu darah tinggi, diabetis, jantung dan obesiti.
“Bagi mereka yang tidak mempunyai 4 penyakit berkenaan, mereka hanya dikenakan bayaran RM50 bagi 12 sesi perundingan serta senaman yang diselia pakar kesihatan dan pemakanan bertauliah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan AUWC di Balai Raya Taman Suria di Johor Baharu semalam.
Beliau berkata, pusat kesihatan komuniti itu akan dibuka setiap hari, kecuali Ahad, bermula 9 pagi hingga 6 petang.
(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button