Nasional

Senyum subsidi: Apa lagi nak? Facebook KPDNHEP dikritik

KUALA LUMPUR – Laman rasmi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP-Laman Rasmi) dikritik akibat berkongsi kartun #Senyum Subsidi

Pada hantaran yang dibuat semalam, pentadbir FB KPDNHEP-Laman Rasmi menulis; Apa lagi nak?

Kartun oleh UPP-KPDNHEP itu menampilkan dua watak berdialog; “Bro kau dah dengar berita terbaharu?”, “Kau nak membawang ya? Apa dia?”, Harga petrol kat Arab Saudi dah naik jadi RM2.28, dah takde subsidi bro”.

Kartun tersebut mengundang kritikan warganet. Sehingga pukul 11.00 pagi tadi hantaran itu mendapat 1,600 tanda gelak, 737 tanda marah dan 679 tanda suka.

Sementara 1,064 lagi warganet berkongsi hantaran tersebut di dinding FB masing-masing yang mengkritik kartun tersebut.

“Aku ingat page lawak/troll mana tadi. Ingat page Si Rashid tadi buat troll gini,” komen Farsifitri Ayishh yang berkongsi hantaran tersebut.

“Kalau Najib nak troll PH tu boleh diterima sebab dia pembangkang tapi ni page rasmi kerajaan pergi troll rakyat,” kata Amal Firdaus Ramli.

“Boleh tahan ayat admin ni. Nak minta tolong Rafizi buat kira-kira Rafizi dah resign dari dunia politik pula…hmmmmmmm…,” komen Shah Syarif.

“Ingat dah tukar menteri comparison bongok mcm ni dah tak ada. Mana comparison purchasing power? Time ni la formula-formula kawan menteri diperlukan,” kata Syed Muhammad.

“Pakar formula petrol pun nak bersara dah min oii.. Tak tercapai cita-cita formula dia sampai nak bersara,” komen Mohammad Azrat Mohd Azman.

“Buang ajela senyum kambing ko ni min.. menyamph pulak aku tengok government official buat lgu ni. Lebih wajar kau teruskan informasi-informasi dan pencapaian yang kau dah buat untuk rakyat daripada iklan senyum kmbing ko ni.. be professional beb,” kata Masila AR.

“Kurang ajarnya soalan… Allahu…. kau makan gaji pun hasil dari cukaian rakyat jelata… boleh kau tanya soalan begini Min. Semoga Allah membuka pintu hati mu,” nasihat Nik Azward Restu.-SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button