Politik

Persidangan Agung Bersatu ditamatkan awal, bantu mangsa banjir

PERSIDANGAN Agung Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) ditamatkah awal iaitu kira-kira pada pukul 4.30 petang tadi bagi membolehkan perwakilan pulang dan membantu rakyat yang terkesan banjir di kawasan masing-masing.

Dalam persidangan agung Bersatu kali ke-4 itu setiap wakil yang dibenarkan berucap dihanya dibenarkan mengambil masa kira-kira lima minit sahaja.

Sementara ketua pemuda, wanita dan naib-baib presiden Bersatu tidak diberikan peluang untuk membuat ucapan pengulungan.

Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Md. Jidin diberikan masa kira-kira 20 minit dan Presiden Tan Sri Muhyiddin menyampaikan ucapan penggulungan juga selama kira-kira 20 minit.

Bersatu kini mempunyai ahli berdaftar seramai 563,544 orang dengan 5,643 cawangan di seluruh negara.

Dua sayap baharu ditubuhkan iaitu sayap Bersekutu bagi ahli bukan bumiputera dengan dua pemimpin sayap iaitu Datuk Seri Dr. Santhara Kumar Ramanaidu dan Dr. Chong Fat Full dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Turut ditubuhkan sayap Srikandi Muda khusus bagi golongan wanita muda.-SM

(Visited 305 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button