Politik

Sentimen ‘Sabah for Sabahan’ cubaan tutup kelemahan Warisan

SENTIMEN ‘Sabah for Sabahan’ sengaja direka bagi menutup kelemahan Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam pentadbiran Kerajaan Negeri sebelum ini.

Permainan sentimen sedemikian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dikatakan sebagai rigid hanya mewujudkan semangat kenegerian.

Sedangkan, apa yang perlu dipupuk adalah semangai satu Malaysia, bukan momokan untuk membangkitkan semangat berpuak-puak.

“Isu  yang dikeluarkan oleh parti-parti lawan terutamanya Parti Warisan adalah sebenarnya untuk ‘back-up’ diri mereka sendiri dan melindungi kelemahan-kelemahan mereka.

“Mainan ‘Sabah for Sabahan’ bagi saya adalah bersifat rigid sedangkan kita adalah satu Malaysia.

“Sabah ini sendiri misalnya kita memerlukan rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia dan dari Sarawak untuk membina Malaysia ke arah kecemerlangan.”

Demikian kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Dr. Fadilah Sarbi, hari ini seperti dilaporkan portal UMNO Online.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan keperluan sentimen sedemikian dalam membentuk jati diri rakyat Sabah.

Katanya, ia tidak wajar dimainkan sebagai modal politik bagi meraih perhatian terutama dalam PRN Sabah.

“Sentimen ‘Sabah for Sabahan’ ini tidak salah jika digunakan untuk meningkatkan jati diri kita rakyat Sabah sahaja.

“Tetapi untuk dijadikan modal pilihan raya adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan mainan,” tegasnya.

Oleh demikian beliau berharap, pengundi khususnya rakyat Sabah tidak termakan dengan dakyah sedemikian.

Justeru beliau bersiap siaga memastikan jentera parti di peringkat akar umbi untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya pada 26 September nanti.

“Sebab itulah Puteri UMNO telah menyahut kerja-kerja sejak dari awal selain menyediakan jentera-jentera parti.

“Selain itu, menjalankan usaha untuk menarik minat golongan muda yang dilaksanakan seluruh 25 Bahagian/Parlimen yang ada untuk bersama BN dan mengundi parti ini.

“Undi dengan tepat dan pilih BN untuk membina satu kerajaan yang lebih baik dari kerajaan sekarang,” ujarnya.

Terdahulu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.

Ia susulan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan berpaling tadah melompat parti bagi menyokong bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. – SM

(Visited 743 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button