Nasional

Kumpulan bergaji harian tidak disekat beroperasi – Ismail Sabri

KUMPULAN berpendapatan harian terutama yang bergantung hidup dengan gaji harian mendapat perhatian kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, esok MKN akan membentangkan cadangan apakah yang perlu dilakukan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan ke atas  Selangor dan Wilayah Persekutuan tidak menyekat sektor ekonomi daripada beroperasi.

“Kalau mula sekat, kehidupan rakyat semakin terjejas terutama berpendapatan rendah yang bergantung hidup gaji harian. Kumpulan ini yang berpendapatan harian perlu dijaga dan jaga juga kesihatan dalam masa yang sama.

“Jadi MKN akan bentang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan masih boleh diperketatkan tetapi bukan dengan tutup operasi perniagaan tetapi dari segi masa, operasi dipendekkan,” katanya.

Seperti biasa, pada sidang akhbar hariannya, Ismail Sabri berkata, peringatan yang sama diberikan kepada rakyat Malaysia dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Walau pun diberikan pesanan dan nasihat, kata Ismail Sabri lagi, orang ramai tetap melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang PKPB.

“Seperti biasa sidang akhbar dimulakan dengan tindakan yang dibuat oleh task force semalam dengan lebih 2,700 pasukan pematuhan bertugas bagi memantau pasaraya, restoran, penjaja pasar tani, tempat ibadah dan pusat riadah.

“Ramai gagal patuhi SOP yang dikeluarkan. Semalam, PDRM menahan 538 individu yang ingkar PKPB dan sebanyak 531 dikompaun dikeluarkan, selebihnya direman,” ujar beliau.

Beliau menambah, orang ramai perlu ingat bahawa Polis dibenarkan mengeluarkan kompauan di lapangan. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button