Nasional

Sentimen anti Lim Guan Eng makin kuat, DAP semakin panik

KRISIS pertembungan pasukan Lim Guan Eng melawan pasukan bukan pro dinasti Lim semakin kuat menyebabkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) makin panik, kata Badrul Hisham Shaharin melalui satu hantaran di laman Facebook miliknya.

“Walaupun Pro Lim adalah nama besar tetapi yang melawan bukanlah nama kecil seperti Dr Boo Cheng Hau (Johor), Datuk Teng Chang Kim dan ramai lagi orang lama yang berpengaruh dan setia dalam DAP.

“Sebenarnya ramai termasuk yang muda-muda tetapi mungkin kurang sabar maka itu yang ramai pemimpin muda yang berpotensi keluar.

“Tawaran untuk Lim Guan Eng berundur sebagau Setiausaha Agung DAP dalam Pemilihan Agung DAP 20 Mac ini nampaknya seperti tidak mampu meredakan,” katanya.

Dalam pada itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang bekas senator telah keluar parti dengan alasan DAP makin hilang arah dan bersikap sombong kerana tidak mahu mendengar akar umbi.

Beliau menambah bahawa kawan-kawan DAP di Pulau Pinang mengatakan di sebalik keluarnya 1,000 ahli di Johor dengan bubar 13 cawangan, keluarnya beberapa pimpinan berpengaruh di Pulau Pinang dan terbaharu di Sabah adalah kerana ada ‘pancingan’ dari Warisan sebagai strategi selepas Warisan umum melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia untuk menjadi parti nasional.

“Sejauh mana kebenaran cuma masa menentukan namun akhbar berbahasa Cina berpengaruh iaitu 光华日报 Kwong Wah Yit Poh menerbitkan tulisan ada kemungkinan dua nama besar DAP iaitu Ng Wei Aik dan Jeff Ooi sendiri berkemungkinan akan keluar parti dalam masa terdekat dan tindakan itu turut dikaitkan parti Warisan,” katanya. – SM

(Visited 480 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button