Nasional

Lelaki pelik hanya berseluar dalam ganggu orang ramai

KUALA TERENGGANU – Kemunculan seorang lelaki yang hanya berseluar dalam menggemparkan penduduk di bandar Chukai kerana dia turut mengganggu orang ramai yang lalu lalang.

Dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, lelaki itu kemudiannya cuba ‘melarikan’ motosikal milik seorang pengawal keselamatan.

Lelaki itu kemudiannya ditahan dan diserahkan kepada anggota polis peronda.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata, lelaki itu pergi ke arah motosikal milik pengawal keselamatan dan mahu membawanya pergi dengan mendakwa kenderaan itu miliknya.

“Pengawal keselamatan terbabit memaklumkan motosikal itu miliknya dan suspek berjaya ditahan tidak lama kemudian sebelum dia diserahkan kepada unit kereta peronda (MPV),” katanya.

Menurut Hangan, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine tetapi dia tidak mempunyai sebarang rekod perubatan sakit mental.

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button