Ekonomi

Seng Fong raih RM68.01 juta hasil dari IPO ke papan utama

KUALA LUMPUR 14 Jun – Seng Fong Holdings Bhd, berjaya meraih RM68.01 juta hasil dari tawaran awam permulaannya di Papan Utama Bursa Malaysia hari ini.

Seng Fong yang merupakan pemproses getah yang mengeluar dan memperdagangkan Getah Standard Malaysia dan getah blok gred premium mencatatkan harga IPO 78 sen sesaham di awal dagangannya.

Pengarah Urusan Seng Fong, Er Hock Lai berkata, “Objektif segera syarikat daripada penyenaraian adalah untuk mengoptimumkan pengeluaran dengan meningkatkan jumlah kapasiti tahunan kami melalui pengambilan pekerja tambahan untuk syif kerja kedua dan melaksanakan inisiatif ESG untuk menjadikan perniagaannya menjadi lebih mampan.

“Kami berhasrat untuk menggunakan sebahagian daripada hasil yang dinaikkan IPO untuk membiayai keperluan modal kerja kami bagi mengembangkan kapasiti pengeluaran tahunan kepada 166,000 tan metrik menjelang 2023 daripada kapasiti semasa 142,000 tan metrik. Untuk meneruskan inisiatif ESG, kami juga menggunakan hasil yang diperoleh daripada IPO untuk membayar balik pinjaman bank yang telah kami gunakan untuk memasang dua sistem solar, yang akan membantu mengurangkan perbelanjaan elektrik secara keseluruhan.” katanya selepas majlis penyenaraian Seng Fong di Bursa Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, Seng Fong juga memperuntukkan dana yang diperoleh daripada IPO untuk pemasangan dua sistem biojisim menggunakan serpihan kayu dan menggantikan diesel untuk mengurangkan kos bahan api keseluruhan untuk kilang mereka.


Pihaknya menganggarkan bahawa penggunaan sistem solar akan menghasilkan penjimatan sebanyak RM2.6 juta manakala sistem biojisim akan membantu kami menjimatkan RM3.5 juta.

“Di samping penjimatan kos, penggunaan tenaga boleh diperbaharui untuk mengurangkan penggunaan elektrik dan bahan api adalah selaras dengan penekanan kami untuk mempunyai operasi perniagaan yang mampan dan keperluan untuk memulihara alam sekitar.” katanya lagi

IPO Seng Fong melibatkan penerbitan 160.87 juta saham biasa atau 31 peratus daripada jumlah saham terbitan syarikat yang diperbesarkan yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 90.81 juta saham dan tawaran untuk jualan sebanyak 70.06 juta saham.

Er Hock Lai berkata, berdasarkan asas kukuh dan reputasi perniagaan mereka, pihaknya berhasrat untuk mengesyorkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keuntungan bersih tahunan kami sebagai dividen kepada pemegang saham tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah dan pemegang saham.

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button