Luar Negara

Korban koronavirus meningkat kepada 1,868

JUMLAH kematian di tanah besar China akibat wabak koronavirus atau COVID-19 meningkat  98 orang lagi untuk tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan seramai 1,868, lapor agensi berita Sputnik memetik jawatankuasa kesihatan China pada Selasa.

Jumlah kes disahkan pula bertambah sebanyak 1,886 kepada 72,436.

Bilangan yang pulih juga bertambah sebanyak 1,701 orang manakala 12,552 pesakit dibenarkan pulang.

COVID-19 pertama kali dikesan di Wuhan, wilayah Hubei pada akhir Disember 2019, sejak itu ia menular ke lebih 20 negara. – BERNAMA

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button