Gajet

Senarai telefon pintar yang tidak lagi menyokong WhatsApp bermula 1 November

WHATSAPP telah mengumumkan beberapa jenis telefon pintar dengan sistem operasi Android 4.0.4 atau yang lebih lama daripada itu tidak akan dapat lagi menggunakan aplikasi WhatsApp bermula 1 November.

Perkara yang sama juga terjadi kepada iPhone yang masih menggunakan Ios 9 atau versi yang lebih lama.

Seperti yang diketahui, syarat minimun bagi menggunakan aplikasi WhatsApp, telefon pintar jenis Android perlu mempunyai sistem operasi Android 4.1 atau lebih baru dan bagi iOS pula, sistem iOS 10 atau versi yang terbaru.

WhatsApp membuat kenyataan di laman rasminya yang mengatakan bahawa WhatsApp tidak akan menyokong telefon pintar jenis Android dengan sistem operasi 4.0.4 dan ke bawah bermula 1 November.

“WhatsApp tidak lagi menyokong telefon pintar Android dengan sistem operasi 4.0.4 dan kebawah pada 1 November dan perlu menukar peranti yang dapat menyokongnya atau menyimpan sejarah mesej sebelum tarikh tersebut,” tulisnya.


Dengan syarat itu, terdapat beberapa jenis peranti yang tidak lagi dapat menggunakan aplikasi WhatsApp kerana sistem Android itu boleh dikatakan sudah lama dan usang serta tidak dapat menyokong ciri-ciri WhatsApp yang terbaru.

iPhone
– iPhone 6
– iPhone 6S plus
– iPhone SE

Samsung
– Galaxy Trend Lite
– Galaxy Trend II
– Galaxy SII
– Galaxy S3 mini
– Galaxy Xcover 2
– Galaxy Core
– Galaxy Ace 2

LG
– Lucid 2
– Optimus F7
– Optimus F5
– Optimus L3 II Dual
– Optimus F5
– Optimus L5
– Best L3 II
– Optimus L7
– Optimus L7 II Dual
– Best L7 II
– Optimus F6, Enact
– Optimus L4 II Dual
– Optimus F3
– Best L4 II
– Best L2 II
– Optimus Nitro HD
– Optimus 4X HD
– Optimus F3Q

ZTE
– ZTE V956
– Grand X Quad V987
– Grand Memo

Sony

– Xperia Miro
– Xperia Neo L
– Xperia Arc S
– Huawei
– Ascend G740
– Ascend Mate
– Ascend D Quad XL
– Ascend D1 Quad XL
– Ascend P1 S
– Ascend D2

Jenama dan model lain

– Alcatel
– Archos 53 Platinum
– HTC Desire 500
– Caterpillar Cat B15
– Wiko Cink Five
– Wiko Darknight
– Lenovo A820
– Umi X2
– Run F1
– THL W8

Pastikan sistem operasi telefon pintar adalah versi yang terbaru untuk menikmati aplikasi WhatsApp. – SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button