Politik

Terkilan Ramasamy keluar parti, tiada hasrat rayu masuk semula-Anthony Loke

SUSULAN tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy meletakkan jawatan dan keluar parti, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook  mengakui rasa agak terkilan dengan langkah yang diambil oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai itu.

Sudah semestinya ada rasa terkilan kerana lusa, Sabtu, 12 Ogos, Pulau Pinang akan berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Loke bagaimanapun berkata, pihak parti idak berhasrat untuk merayu supaya kembali bersama parti.

Ini kerana katanya, tindakan Ramasamy itu sudah menunjukkan yang hatinya telah tawar dan tidak lagi mahu bersama DAP.

Dalam masa yang sama, Loke turut menyifatkan bekas Ramasamy sebagai seorang yang tidak ikhlas dan menunggang parti demi jawatan semata-mata.

Menurut Loke lagi, ini kerana hanya kerana tidak sampai dua minggu penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai itu tidak dicalonkan bertanding pada PRN, beliau mengumumkan keluar daripada parti.

“Adakah selama ini mereka hanya tunggang parti demi jawatan? Hari ini tiada jawatan terus keluar parti yang mana bagi saya ini tidak ada keikhlasan dalam keberadaan dalam parti.

“Kalau dia sayang kepada parti, dia takkan tinggalkan parti walaupun tak jadi calon,” ujarnya.

Kata Loke lagi, “kita ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan exco lain yang tidak dicalonkan tetapi yang tidak dicalonkan ini, mereka tetap berkempen atas pentas kita.”

Beliau juga tidak terkejut dengan keputusan Ramasamy  kerana sepanjang tempoh berkempen pun pemimpin itu tidak turun membantu.

Sementera itu, kira-kira sejam yang lalu, melalui akaun Facebooknya, Loke membuat kenyataan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Ramasamy kononnya beliau tidak ada “courtesy” untuk memaklumkan keputusan untuk tidak menamakan dia sebagai calon DAP pada Pilihanraya Negeri kali ini.

Berikut kenyataan penuh Loke:

Pada hari Selasa, 25 Julai 2023, saya bersama Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Saudara Nga Kor Ming telah pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu secara bersemuka dengan setiap penyandang ADUN yang tidak dicalonkan semula dalam PRN kali ini sebelum Majlis Pengumuman Calon DAP pada petang yang sama.

Pertemuan itu berlangsung di Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang dan turut disertai oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Saudara Chow Kon Yeow. Nga, Chow dan saya menemui setiap penyandang yang tidak dicalonkan secara berasingan dan saya sendiri memaklumkan keputusan parti kepada mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan pandangan balas.

Sesi tersebut berlangsung selama lebih satu jam dan menyebabkan saya terlewat dalam majlis pengumuman calon.

Saya berasa amat kesal dengan tindakan Dr. Ramasamy yang sanggup membohong dalam perkara ini. Pembohongan ini menghilangkan semua rasa hormat saya kepada beliau sebagai bekas pensyarah saya.

Saya mengulangi bahawa sesiapa sahaja yang meninggalkan parti selepas tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya adalah orang yang tidak ikhlas dan setia kepada perjuangan parti. Mereka hanya menunggang parti demi kedudukan dan jawatan. Apabila tiada lagi jawatan, parti ditinggalkan.  – SM

BACA P Ramasamy keluar, tinggalkan DAP

(Visited 100 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button