JenayahNasional

2 warga asing ditahan, disyaki bunuh rakan sekerja di kebun durian

DUA warga asing ditahan kerana dipercayai terbabit kes pembunuhan rakan sekerja mereka di kebun durian di Jalan Air Terjun Chamang, Bentong, semalam.

Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun kira-kira 5 pagi semalam.

Katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang lelaki warga asing 29 tahun dengan beberapa kesan kecederaan pada badan.

“Kami menahan dua lelaki warga asing, iaitu seorang lelaki 26 tahun di kawasan kebun itu, manakala seorang lagi suspek 31 tahun ditahan di lokasi berhampiran, ketika cuba melarikan diri,” katanya menurut Harian Metro.

Zaiham berkata, seorang daripada suspek ditahan itu mempunyai kesan kecederaan, dipercayai akibat pergelutan.

“Kami merampas parang dan pisau dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya sambil menambah siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dan mangsa adalah pekerja di kebun durian itu.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, termasuk mengenal pasti punca kejadian dan beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu yang masih dalam siasatan.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bentong, Faizal Abdullah di talian 012-4834439 atau Pusat Kawalan Daerah IPD Bentong 09-2222222 bagi membantu siasatan. – SM

BACA DBKL serbu perniagaan warga asing di Chow Kit

BACA Rupanya ramai wanita Kelantan kahwin kontrak dengan warga asing

(Visited 32 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button