Politik

Semua parti komponen PH sokong Dr. Mahathir sepenuhnya

SEMUA parti komponen Pakatan Harapan (PH) komited kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan akan terus menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Oleh tindakan sesetengah parti di pihak pembangkang yang mahu ahli parlimen mereka menyokong Perdana Menteri tidak ada apa-apa makna.

“Tidak ada perubahan kepada kemitmen kami (PH) dan kami akan terus menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Ketujuh.

“Komitmen kami kekal,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas melancarkan program Guru Penyayang di SK Kampong Gelam, Port Dickson hari ini seperti yang dipetik daripada The Star Online.

Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson berkata, dan juga ada terdengar cakap-cakap beberapa parti di sebalik gerakan supaya ahli parlimen pembangkang menandatangani akuan bersumpah untuk menyokong Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

“Saya mungkin satu atau dua daripada parti saya turut dikaitkan.

“Saya mahu nyatakan bahawa kita perlu fokus kepada ekonomi.

“Kita kena benarkan kerajaan untuk fokus kepada ekonomi dan tidak diganggu dengan isu lain seperti politk yng tidak ada kaitan,” katanya.

(Visited 214 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button