Nasional

Young Syefura duta larian amal Socrates Run 2023 di Universiti Malaya

AHLI parlimen Bentong, Young Syefura Othman dilantik sebagai duta larian amal, Socrates Run 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mei depan di Universiti Malaya.

Dalam satu perkongsian, penganjur memilih Young Syefura sebagai duta atas semangat Socrates Run 2023 dan dedikasi beliau membantu pelajar B40 dari segi kewangan.

“Kami yakin beliau (Young Syefura) akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyertai kami dalam program yang bermanfaat ini,” ujar penganjur Socrates Run 2023.

Pada tarikh berkenaan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya akan menjadi saksi penglibatan orang awam dalam merancakkan acara itu bermula 7.30 pagi hingga 4.00 petang.

Bagi yang berminat untuk sertai larian amal ini, harga bagi seorang peserta adalah RM45 dan berkumpulan minimum lima peserta adalah RM205.

Pautan borang larian amal adalah seperti berikut:

Borang Pendaftaran Larian Amal: https://forms.gle/5gKi23g7udDk9sLMA

Borang Pendaftaran Pameran Kerjaya: https://docs.google.com/…/1FAIpQLScIDC3nVhNfrC…/viewform

Socrates Run 2023 Linktree: https://linktr.ee/SocratesRun2023

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Encik Bowie (+60 19-670 8387)
Encik Devin (+60 14-999 3168)
Encik David (+60 12-236 6889)
Cik Chin (+60 11-2389 4712

(Visited 361 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button