Hiburan

Achey syukur rumah impian siap walau banyak rintangan

10 tahun menanti, akhirnya pelawak, Achey mampu berbangga selepas dia dan keluarganya kini sudah memiliki sebuah rumah impian.

Menurut Achey, walaupun masih berhutang dengan pihak bank, dia tetap bersyukur kerana sudah mencapai apa yang diazamkan selama ini.

“Walaupun masih hutang bank, tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang dan terus usaha untuk mencapai sasaran yang diimpikan,” katanya seperti akaun Instagramnya.

Menurut Achey lagi, bukan mudah untuk dia dan keluarga mencapai impian mereka apatah lagi banyak rintangan yang perlu mereka tempuh.

Malah, pengalaman dan sabar yang disifatkan menjadi kunci untuk mereka berbangga dengan hasilnya sekarang.

“Memang banyak perniagaan yang kami usahakan tidak berjaya sehinggalah kami jumpa perniagaan yang tepat dan dapat membantu keluarga.

BACA> Dr Nur Amalina sudah bertunang dengan jejaka British

“Malah, pengalaman dalam kegagalan itu yang sebenarnya menjadi guru terbaik untuk berusaha lebih keras,” katanya.

Tambah Achey, dia mengakui memang adakalanya rasa penat dengan setiap dugaan yang dihadapi tetapi semuanya itu bersbab.

“Bila kita diduga, kuncinya ialah syukur kerana dugaan itu Allah berikan pada kami bersebab,” jelasnya.

BACA> Hina Nabi Muhammad dalam lagu, penyanyi dihukum gantung

Status tersebut turut menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti antaranya Siti Nordiana, Faizal Tahir, Zahiril Adzim dan pelawak, Ajak Shiro. -SM

(Visited 577 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button