Nasional

Covid-19: 691 kes baharu, 4 kematian termasuk bayi 1 tahun

REKOD baharu jangkitan harian Covid-19 dicatatkan hari ini iaitu sebanyak 691 kes. Daripada jumlah tersebut 688 kes merupakan jangkitan tempatan.

Kedah mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 397 jangkitan. Di mana 394 kes melibatkan Kluster Tembok dan 3 kes melibatkan Kluster Sintor.

Sabah negeri kedua terbanyak mencatatkan kes baharu iaitu 219 kes. Sebanyak 30 kes melibatkan Kluster Bangau-Bangau dan 19 kes melibatkan Kluster Ramai-Ramai.

Selangor merekodkan 38 kes baharu, Perak (8), Negeri Sembilan (7), Kuala Lumpur (4), Johor (6), Sarawak (3), Pulau Pinang (3), Putrajaya (1), Terengganu (1) dan Labuan (1).

Ketika ini jumlah kes aktif melonjak ke 2,936 kes dengan 31 kes di tempatkan di unit rawatan rapi dan lapan daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh 24 jam sebanyak empat kes kematian direkodkan termasuk seorang bayi lelaki berusia satu tahun menjadikan jumlah keseluruan kematian adalah 141 kes.

Kes kematian ke-138 iaitu kes ke- 11154 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September.

Saringan COVID-19 didapati positif pada 26 September. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober pukul 6.50 pagi.

Kes kematian ke-139 iaitu kes ke-12431 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun. Kes mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 September.

Saringan Covid-19 didapati positif pada 30 September. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 Oktober 2020 jam 5.05 pagi.

Kes kematian ke-140 iaitu kes ke-12432 merupakan bayi lelaki warganegara Malaysia berumur 1 tahun. Kes dibawa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober.

Keadaan kesihatan mangsa didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober. Bayi tersebut disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober jam 4.25 petang.

Kes kematian ke-141 iaitu kes ke-13067 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Kes mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit kesihatan mental.

Kes ditemui tidak sedar diri pada 5 September pukul 7 pagi dan terus dibawa terus ke Hospital Pulau Pinang. Kes didapati tidak bernafas di Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia pada 5 September pukul 7.50 pagi. Saringan Covid-19 dikesan positif.-SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button