Nasionalpilihan

KPLB sedia pelbagai aktiviti usahawan di MAHA 2022

PELBAGAI aktiviti usahawan menarik disediakan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) buat pengunjung Pameran Pertanian Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2022 pada 4 hingga 14 Ogos ini.

Penyertaan   KPLB di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) membawakan Pavilion Usahawan Desa @ KPLB yang memaparkan program keusahawanan di bawah KPLB seperti Program Rural Business Challenge (RBC), Program Start Right@KPLB (PSR), Program Skim Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB), Program Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dan Program Desamall@KPLB.

Usahawan bimbingan agensi di bawah KPLB turuf memasarkan produk daripada kategori Makanan dan Minuman, Kesihatan dan Kecantikan serta Fesyen dan Aksesori.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPLB Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata Pavilion Usahawan Desa @ KPLB menyediakan ruang bagi memasarkan pelbagai produk jualan dari 50 usahawan bimbingan agensi di bawah KPLB.

Selain sebuah kafeteria dan kiosk kopi sebagai satu tarikan pengunjung untuk menikmati makanan dan minuman yang dihasilkan oleh usahawan luar bandar iaitu RBC Cafe dan Cembor Kopi.

“Di samping itu, antara pengisian aktiviti yang turut dijadualkan di pavilion ini termasuk product testing dan product pitching oleh usahawan luar bandar bagi memastikan aktiviti promosi serta jualan produk/ perkhidmatan usahawan luar bandar dapat dipertingkatkan.”

“Program Desamall@KPLB di Pavilion Usahawan Desa @ KPLB membawa sebanyak 189 produk dengan 474 Stock Keeping Unit (SKU) dengan nilai berjumlah RM43,000.00 melibatkan seramai 39 usahawan.

Sesi Shopee Live dan Laz Live sebanyak tiga slot setiap hari turut memberi peluang usahawan  memasarkan produk secara langsung menerusi platform e-Dagang Shopee dan Lazada.”

Che Murad berkata, penyertaan usahawan kali ini adalah secara sistem penggiliran harian yang melibatkan enam slot pameran setiap hari bagi membolehkan usahawan memanfaatkan sepenuhnya ruang, peluang dan masa yang diberikan untuk memasarkan produk masing-masing kepada pengunjung serta pembeli serta pelanggan yang berpotensi.

Dalam pada itu, KPLB juga adalah rakan strategik pelaksanaan MAHA pada tahun ini di Laman Nanas menerusi penyertaan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA); Laman Padi menerusi penyertaan FELCRA Berhad; dan Laman Mekanisasi menerusi penyertaan dua syarikat alumni program TVET MARA iaitu syarikat TS Multitech Sdn. Bhd. dan syarikat TCS Automation & Security Sdn. Bhd.

Manakala Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) tampil di Pavilion Terengganu dengan produk pelancongan, perkhidmatan dan pendidikan. – SM

Artikel berkaitan > MAHA 2022: Castle Of Fruits tawar 11,111 produk jualan kepada pengunjung

(Visited 311 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button