Politik

Semua calon parti AMANAH layak bertanding PRU15

KETUA Pengarah Jentera Operasi Pentadbiran dan Kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parti Amanah Negara (AMANAH), Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, kesemua calon parti itu layak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau dalam satu kenyataannya berkata, sehingga tamat tempoh sesi penamaan calon hari ini, semua calon Pakatan Harapan (PH) daripada AMANAH yang terdiri daripada 54 calon Parlimen dan 40 Dewan Undangan Negeri (DUN), telah secara rasmi diumumkan sebagai calon-calon yang sah bertanding dalam PRU15, 19 November ini.

“Kesemua calon AMANAH bertanding menggunakan lambang Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagaimana ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini,” katanya.

Mewakili seluruh kepimpinan AMANAH, beliau ingin menyampaikan ucapan terima kepada seluruh jentera khususnya Sekretariat Nasional, Sekretariat Negeri-negeri, Biro Undang-undang (KANUN), Biro Pilihan Raya, Media Oren dan semua Pasukan/Unit serta individu-individu yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan di Fasa Pertama ini.

“Di kesempatan ini juga, saya ingin menasihatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi SOP SPR/KKM/PDRM terutamanya ketika berada di khalayak ramai bagi membendung ancaman penyakit berjangkit dan musim tengkujuh.

“Suka saya ingatkan bahawa fasa yang seterusnya akan lebih mencabar dan menuntut semua pihak untuk bekerja lebih kuat dan bersistematik berpaksikan kepada semangat HARAPAN dengan matlamat yang jelas untuk menewaskan BN/PN melalui proses demokrasi,” katanya. – SM

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button