Nasional

Semua barang boleh jual, penduduk kawasan PKPD boleh keluar untuk suntikan vaksin – Ismail Sabri

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Majlis keselamatan Negara (MKN) sebelum ini telah memutuskan semua jenis barang dagangan di kedai runcit, kedai serbaneka, pasar raya serta pasar mini boleh dijual kepada pelanggan sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara ketika ini.

Katanya, ini berikutan terdapat kekeliruan dalam kalangan pemilik premis yang menutup sebahagian seksyen barangan di premis perniagaan mereka dan tidak dijual kepada pelanggan.

Operasi Premis Makanan

Operasi premis makanan di bagi Fasa 1 dan Fasa 2 boleh beroperasi bermula 6.00 pagi sehingga 10.00 malam seperti yang diumumkan sebelum ini.

Bagi mengelakkan kekeliruan, sekali lagi ingin ditegaskan bahawa hanya premis makanan di semua kawasan PKPD termasuk di mukim-mukim di negeri Selangor dan beberapa lokaliti-lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja yang beroperasi bermula 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.

Pergerakan Mendapatkan Vaksin bagi kawasan PKPD

Kerajaan turut membenarkan semua penduduk di kawasan PKPD untuk keluar bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin. Begitu juga, bagi mereka yang ingin pulang ke kampung untuk membawa ahli keluarga bagi mendapatkan suntikan vaksin sama ada di luar daerah atau negeri adalah dibenarkan. Mereka hanya perlu menunjukkan temujanji MySejahtera dan mendapatkan kebenaran daripada PDRM.

Bagi tujuan pergerakan mendapatkan vaksin, maksimum tiga orang dibenarkan termasuk pemandu.

Operasi KWSP

Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut memutuskan untuk membenarkan pejabat KWSP di kawasan yang dilaksanakan PKPD untuk beroperasi bermula 9.00 pagi sehingga 1.00 petang dengan kapasiti 60% kehadiran pekerja bagi menguruskan penyaluran skim-skim bantuan kerajaan.

Walaubagaimanapun, bagi pejabat KWSP yang kecil seperti dikawasan luar bandar, jumlah pekerja dibenarkan dengan kapasiti maksimum.

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button