Nasional

Semua ahli parlimen diberi RM300,000 untuk bakul makanan rakyat

SEMUA ahli parlimen tidak kira dari parti kerajaan mahupun pembangkang akan menerima peruntukan RM300,000 setiap seorang untuk program Bantuan Bakul Makanan di kawasan masing-masing.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, beliau mengambil sikap mengetepikan perbezaan politik dalam memberikan peruntukan itu bagi membantu rakyat yang terjejas.

Katanya, semua pihak harus bersama-sama dalam membantu masyarakat yang kini berada dalam keadaan yang sukar berikutan kesan daripada pandemik Covid-19.

“Baik ahli parlimen kerajaan atau pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.

“Gunalah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan parlimen masing-masing,” kata Muhyiddin.

Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan khas Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli berjumlah RM10 juta.

Peruntukan tersebut adalah sebahagian daripada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau Pemulih bernilai RM150 bilion yang diumumkan Muhyiddin hari ini.-SM

(Visited 278 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button