Nasionalpilihan

Syarikat perkhidmatan perlu boleh beroperasi guna surat CIMS 3.0

SYARIKAT disenarai sebagai sektor perkhidmatan perlu bagi lokasi Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara boleh beroperasi menggunakan surat baharu COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 Surat CIMS 3.0 yang baharu ini akan mempunyai akronim ‘PPN’ di bawah kod QR surat tersebut.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dalam kenyataannya berkata, syarikat di kawasan PKPD yang bukan di bawah senarai sektor perkhidmatan perlu di dalam SOP MKN adalah tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.

“MITI ingin mengingatkan pihak industri agar bertanggungjawab dalam pemberdayaan kendiri dan mematuhi SOP ini.

“Ketidakpatuhan adalah satu kesalahan undang-undang mengikut Akta 342 dan boleh dikenakan tindakan oleh Pasukan Petugas Khas COVID 19,” katanya.

Turut dimaklumkan platform CIMS 3.0 dikongsi dengan 17 Kementerian dan 3 Agensi dan setiap permohonan akan diproses dan diluluskan setiap Kementerian dan Agensi mengikut portfolio masing-masing.

Untuk maklumat lanjut tentang status permohonan, syarikat boleh merujuk terus kepada Kementerian atau Agensi yang memproses permohonan mereka mengikut maklumat di dalam direktori di laman web www.miti.gov.my.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 1 Julai lalu memberitahu, pergerakan syarikat dalam sektor perkhidmatan perlu bagi kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh menggunakan surat CIMS 3.0 sedia ada (dengan akronim PKP 3.0 di bawah kod QR). -SM

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button