Ekonomi

Dewan Rakyat luluskan RM107 bilion bajet mini

Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang Kumpulan Wang Disatukan 2022 atau Bajet Mini 2023 berjumlah RM107,718,676,650.

Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul mengumumkan demikian selepas rang undang-undang itu mendapat sokongan majoriti di Dewan hari ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Pembentangan rang undang-undang itu adalah perlu untuk membuat peruntukan bagi perbelanjaan pada 2023 bagi tempoh dari 1 Jan 2023, sehingga tarikh rang undang-undang Perbekalan 2023 menjadi undang-undang dan mula berkuat kuasa.

Rang undang-undang itu bertujuan untuk membenarkan perbelanjaan sejumlah tidak melebihi jumlah RM107,718,676,650 dikeluarkan daripada kumpulan wang disatukan bagi tujuan tersebut. 

(Visited 103 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button