fbpx
PolitikPRKUncategorized
Trending

Semenanjung perlu berkongsi beban masalah pendatang asing ini dengan rakyat Sabah.

JIKA Pas Sementara Sabah (PSS) terbukti selamat, kerajaan pusat patut benarkan mereka ke Semenanjung.

Sebaliknya pemegang pas itu apabila dilaksanakan nanti hanya dihadkan di Sabah.

Ini membuktikan tindakan melaksanakan pas itu sebenarnya tidak selamat.

“Kita mahu pemegang kad PSS ini dibenarkan untuk ke Semenanjung mencari kerja dan tinggal di situ, kerana ia adalah dokumen rasmi.

“Sepatutnya Semenanjung juga perlu berkongsi beban masalah pendatang asing ini dengan rakyat Sabah.


“Kenapa dihadkan kepada negeri Sabah sahaja?

Ini bukan masalah Sabah. Tetapi inj masalah negara. Adakah Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia?” ujar beliau dalam temu bual yang dipetik dari UMNO-Online.

Malah kata Rahman, BN tidak perlukan isu PSS untuk tutup kelemahan.

Katanya, kalau dikatakan BN gagal membangunkan Sabah, rakyat boleh minilai sendiri siapa yang telah membawa banyak perubahan kepada Sabah.

“Kita faham Warisan baru dua tahun memerintah. Jadi tak mungkin universiti dibina dalam tempoh itu. Tak mungkin jalan raya terbina dalam tempoh itu. Tetapi yang kita minta hanyalah sekeping kertas hala tuju untuk Sabah.

“Takkan sekeping kertas hala tuju mengambil masa hampir dua tahun untuk disiapkan,” bidasnya.

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button