JenayahNasionalNegeri

Remaja lelaki simpan syabu RM1.89 juta dirahan

REMAJA lelaki berusia 18 tahun ditahan susulan penemuan syabu seberat lebih 50kg bernilai RM1.89 juta di sebuah kondominium di Batu Kawa, Kuching, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, serbuan dilakukan selepas menerima maklumat serta risikan sebelum menahan suspek pada pukul 1.30 pagi.

Katanya, rampasan dadah itu adalah terbesar oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak tahun ini.

“Suspek direman hingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta negatif dadah dan dia dikenal pasti mula mengedar dadah sejak bulan lalu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Mengulas lanjut, Azman berkata, siasatan awal mendapati suspek menerima dadah dimasukkan dalam bungkusan teh Cina menerusi perkhidmatan kurier daripada sindiket di Semenanjung untuk dijual di Kuching dan daerah berhampiran.

Menurut beliau, polis turut merampas kereta suspek dianggarkan bernilai RM40,000. – SM

BACA Sindiket seludup syabu RM835,000 ke luar negara tumpas

(Visited 164 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button