
Luar Negara
Sembilan maut apabila trak hempap kenderaan di tengah India
Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk tiga wanita, maut dan dua cedera dalam kemalangan jalan raya di tengah India awal Rabu, demikian disahkan oleh polis.
Mereka yang cedera termasuk seorang wanita dan seorang kanak-kanak.
Kejadian berlaku di daerah Jhabua, Madhya Pradesh, India pada kira-kira pukul 3 pagi, apabila sebuah trak yang membawa simen terbalik menghempap sebuah van yang membawa mangsa.
Ini sekali gus menyebabkan mangsa terperangkap di bawahnya.
Semua mangsa sedang pulang dari majlis perkahwinan di rumah saudara apabila mereka terlibat dengan kemalangan maut itu, tambah polis.
Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital tempatan. – XINHUA