Luar Negara

Sembilan juta penduduk China terima suntikan vaksin Covid-19

CHINA sudah menyelesaikan pemvaksinan melibatkan lebih sembilan juta dos vaksin COVID-19 di seluruh negara.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, Zeng Yixin berkata jumlah itu termasuk 1.6 juta dos terhadap golongan berisiko tinggi, serta 7.5 juta dos kepada kumpulan sasar, bermula 15 Disember lalu.

Menurutnya, sistem dan prosedur suntikan yang lengkap sudah disediakan termasuk latihan kepada kakitangan perubatan yang menjalankan suntikan, pemantauan terhadap penerima vaksin, rawatan kecemasan dan lain-lain.

“Ia bagi menjamin kelancaran proses pemvaksinan,” katanya pada sidang media, Sabtu.

Ujar Zeng jumlah dos  yang telah disuntik itu membuktikan keselamatan vaksin dihasilkan China.


Seiring dengan peningkatan daya pengeluaran vaksin berkenaan, pemvaksinan akan terus dijalankan terhadap golongan berisiko tinggi dan mudah dijangkiti wabak serta tidak ketinggalan rakyat biasa.

Katanya, semua rakyat China akan menerima suntikan vaksin COVID-19 secara percuma. – BERNAMA

(Visited 117 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button