Nasional

Pekerja di pusat beli-belah 1Utama positif cOVID-19

Seorang pekerja di stor Mac City Service di pusat beli-belah 1Utama difahamkan telah didapati positif Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan pengurusan 1Utama dalam satu kenyataan hari ini.

“Kita dimaklumkan berkenan perkara itu secara lisan dan pekerja itu juga tidak masuk ke permis 1Utama selepas 30 September lalu.

“Pekerja itu juga kini sedang ditempatkan di sebuah hospital kerajaan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya masih belum menerima notifikasi rasmi daripada pihak Kementerian Kesihatan berkaitan kes tersebut.

Tambahnya, aktiviti sanitasi kedai tersebut dan pusat membeli-belah juga telah dijalankan untuk mengekang penularan Covid-19

Pusat beli-belah itu mengatakan ini adalah kes pertama yang direkodkan di 1 Utama sejak bermulanya wabak itu, dan pihaknya berjanji untuk terus memaklumkan pembeli, penyewa dan vendor mengenai keadaan jika ia berlanjutan.

Pihak pengurusan menggesa pelanggan agar tetap tenang dan mematuhi SOP, seperti memakai topeng muka, menjalani pemeriksaan suhu dan mengamalkan kebersihan yang baik dan jarak fizikal. -SM

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button