Politik

Kedudukan PM tidak bergantung kepada sokongan UMNO

KEDUDUKAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bergantung kepada sokongan UMNO, sebaliknya ia bergantung kepada sokongan ahli parlimen.

UMNO telah lama menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) yang menjadi kerajaan pada masa ini dan memutuskan untuk terus bersama kerajaan sehingga parlimen dibubarkan.

Ini menyebabkan kini UMNO tiada di dalam kerajaan, sebaliknya yang tinggal hanya ahli-ahli parlimen dari UMNO.

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi pula tidak mengikat mana-mana ahli parlimen untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan atau sebaliknya.

Jadi tindakan UMNO menarik sokongan kepada kerajaan tidak menjejaskan kedudukan perdana menteri dan kerajaan.

Ini adalah kerana setakat ini tiada seorang pun menteri kabinet dari UMNO yang meletakkan jawatan begitu juga mereka yang menyandang jawatan di dalam GLC.

Bermakna kerajaan kini masih berfungsi seperti biasa, bahkan menjadi bertambah kukuh dengan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai menteri kanan.

(Visited 620 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button