Nasional

Semak, sah dan cetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan mulai 1 April

LEMBAGA Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan peperiksaan Sijil Pengajian Malaysia (SPM) tahun 2021 sesi kedua bagi calon yang terkesan banjir dan Covid-19 serta kes-kes khas akan dilaksanakan pada 5 April hingga 19 Mei 2022.

Ia termasuk Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris), Ujian Amali Sains dan Ujian Bertulis SPM.

KPM dalam satu kenyataan media mengingatkan semua calon yang berkenaan menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan seperti tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan mulai 1 April 2022.

Maklumat berkenaan boleh didapati melalui pautan https://elp.moe.gov.my atau melalui aplikasi mudah alih e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.

Jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua juga boleh didapati di pautan yang sama. – SM

(Visited 745 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button