Nasionalpilihan

Semak maklumat tepat SOP PKPD dengan pegawai bertugas -Polis KL

PENDUDUK di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang mempunyai temu janji vaksinasi dibenarkan ke pusat pengambilan vaksin (PPV).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mereka yang telah dipakaikan gelang pink pula perlu menunggu keputusan ujian saringan dan tidak dibenarkan keluar bagi urusan vaksinasi.

“Penduduk di kawasan PKPD tersebut dinasihatkan untuk menyemak serta mendapatkan maklumat dengan pegawai bertugas di kawasan PKPD tersebut atau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) masing-masing sekiranya timbul sebarang masalah atau kekeliruan.

“Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada penduduk-penduduk PKPD mendapat maklumat yang tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azmi, SOP khusus PKPD di Kuala Lumpur juga membenarkan penduduk keluar dari kawasan berkaitan atas sebab yang membabitkan sektor keselamatan, kesihatan, kecemasan serta kebajikan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan mereka yang tinggal dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan keluar ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Jelasnya, mereka hanya perlu menunjukkan bukti janji temu di aplikasi MySejahtera, kad vaksinasi atau SMS berkaitan tarikh vaksin kepada polis yang mengawal kawasan berkenaan. -SM

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button