Politik

Penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional telah disepakati secara prinsip

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata, penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional telah disepakati secara prinsip.

Beliau berkata, sehubungan itu, jawatankuasa pemandu Muafakat Nasional akan memperincikan draf piagam dan memorandum persefahaman (MoU) sedia ada antara PAS dan UMNO bagi menerima gabungan parti baharu itu.

“Proses perbincangan (pemurnian piagam dan MoU) antara semua pihak perlu dijalankan secara berperingkat.

“Yang penting, proses itu dilaksanakan secara semulajadi dan berperingkat dengan sesuatu keputusan (yang dibuat) biarlah semua pihak berpuas hati,” kata Anuar.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan secara rasmi bahawa penyertaan Bersatu dalam Muafakat Nasional akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Dan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional yang mendukung Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar, kata Anuar lagi.

“Kita ada menawarkan Bersatu sertai Muafakat Nasional, hasrat itu dah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Presiden Bersatu,” kata Annuar yang juga Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, gabungan sesuatu parti politik tidak mudah kerana pembentukan Muafakat Nasional sendiri mengambil masa lebih setahun untuk mencapai persetujuan.

“Adalah normal sebagai sebuah parti politik yang berbeza-beza ideologi. Kita kena tunjukkan kematangan dalam politik, ambil pendekatan yang mengelak situasi tidak harmoni,” katanya.

Muafakat Nasional merupakan pakatan kerjasama antara PAS dan UMNO dengan pembentukannya bertujuan untuk menyatukan orang Melayu selain daripada membentuk teras politik yang stabil.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, keutamaan kerajaan kini adalah memulihkan kembali ekonomi sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

“Jadi, tak usah lihat daripada sudut parti…rakyat dan negara perlukan kerajaan yang stabil dan pemulihan ekonom.

“Apa yang pemimpin parti perlu buat ialah cari jalan ke arah kestabilan, itu yang akan kita lakukan,” katanya. – BERNAMA – SMpilihan

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button