Politik
Trending

Kerjasama UMNO, Bersatu, Pas boleh diperbaiki

AHLI Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dilihat enggan membiarkan UMNO meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana, beliau menyarankan supaya UMNO, Pas dan Bersatu bermuhasabah bagi memperbaiki semula landskap politik negara.

Beliau menyifatkan demikian dengan meletakkan teras perjuangan kepada ketiga-tiga parti itu adalah kekuatan perpaduan Melayu yang menjadi asas kestabilan politik negara.

Justeru, beliau juga menggesa kesemua pimpinan parti menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk menilai dan bertindak demi kebaikan rakyat.

Katanya, kestabilan politik sekarang adalah amat penting dalam memastikan negara cukup kuat untuk berhadapan dengan krisis pandemik Koronavirus (Covid-19).

“Kita perlu stabilkan politik negara. Kita juga perlu perkuatkan perpaduan melayu,iaitu asas kestabilan politik negara. UMNO, Pas, PPBM (Bersatu) sama sama bertanggungjawab mewujudkan perpaduan tersebut.

“Politik negara perlu di stabilkan dan keutamaan mesti di tumpukan menyelamatkan nyawa rakyat dan mengekang pandemik Covid-19.

“Memulihkan ekonomi negara, meringankan beban hidup rakyat serta jadikan Malaysia sebuah negara berjaya (bukan “a failed state” atas apa juga sebab).

“Tidak salah utk UMNO PPBM dan PAS kembali ke ‘drawing board’ politik agar kita dapat melakar sesuatu yg lebih baik untuk Malaysia.

“Untuk itu kita perlu tenang, banyak berfikir dan bijak bertindak.

“Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yang boleh menimpa rakyat dan negara kita.

Demikian kata Annuar yang juga merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) hari ini dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya.

Beliau bagaimanapun, tidak menafikan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO dalam menentukan kedudukan parti itu bersama PN.

Menurutnya, UMNO sebagai sebuah parti yang sah berhak untuk menilai semula kedudukanya dalam kerajaan.

Namun, Annuar menzahirkan keyakinan bahawa PN itu boleh diperkasakan lagi dengan muafakat yang lebih tersusun.

“UMNO dan BN berhak menyemak kedudukannya dari semasa ke semasa dan tidak mustahil melalui semakan itu kerajaan PN itu boleh diperkasakan lagi menerusi muafakat yang lebih tersusun, lebih bersefahaman.

“Saya berpandangan kita perlukan kebijaksanaan dlm semua tindakan. Dahulukan kepentingan rakyat.

“Mungkin ada asas tertentu yg menyebabkan UMNO mahu mengkaji semula kedudukannya dlm kerajaan PN,” nasihatnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu kenyataan menjelaskan partinya bersedia untuk menarik diri daripada menyokong PN.

Dalam masa sama, parti itu juga menggesa supaya Muafakat Nasional (MN) didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan parti yang sah. – SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button