Politik

Calon BN DUN Penggaram minta maaf positif Covid-19

“SAYA memohon maaf kepada mereka yang terjejas termasuk ahli keluarga, jiran, rakan-rakan dan pasukan kempen serta orang ramai.”

Demikian kata-kata calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Ter Hwa Kwong yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian RT-PCR pagi tadi.

Beliau dalam kenyataannya berkata, selepas mengetahui menjadi kontak rapat kepada kes Covid-19 semalam, beliau segera membatalkan semua program yang dijadualkan.

Katanya, selepas mengetahui menjadi kontak rapat Covid-19, beliau bersama pasukannya terus bertindak pantas menjalankan saringan dan menjalani kuarantin kendiri.

“Selepas disahkan positif Covid-19, saya akan berhenti berkempen secara sendiri di kawasan Penggaram dan menjalani prosedur yang perlu dan menjalani kuarantin seperti digariskan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Saya memohon maaf kepada mereka yang terjejas, termasuk ahli keluarga, jiran, rakan-rakan dan pasukan kempen serta orang ramai,” katanya.

Beliau turut menggesa mana-mana individu yang berhubung dengan beliau secara fizikal beberapa hari lalu supaya segera membuat ujian saringan Covid-19. – SM

(Visited 243 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button