Rencah Hidup

Foto diguna iklan mati pucuk, ADUN DAP ancam saman

AHLI Dewan Undangan Negeri Ketari dari DAP Young Syefura Othman mengancam untuk mengambil tindakan terhadap pemilik sebuah akaun Facebook kerana menggunakan gambarnya sebagai iklan melaris jualan ubat bagi menguatkan tenaga seksual.

Menurut Young Syefura, gambar beliau telah digunakan oleh pemilik akaun tersebut tanpa kebenaran dirinya.

Wakil rakyat DAP itu berkata, beliau tidak akan bersabar dengan mana-mana pihak yang menggunakan fotonya tanpa sebarang kebenaran.

Serentak itu dia turut meminta pengikut Facebooknya untuk melaporkan akaun dan hantaran berkenaan untuk diambil tindakan.

“Gambar saya ini telah digunakan tanpa kebenaran saya. Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun ini. Saya juga memohon kepada semua untuk melaporkan akaun dan post ini.

“Saya juga ingin tegaskan di sini saya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang menggunakan gambar saya tanpa kebenaran saya,” katanya.

Iklan berkenaan memaparkan gambar seorang wanita memakai pelitup hidung.

Pada iklan itu turut dipaparkan beberapa logo termasuk logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).-SM

 

(Visited 760 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button