Nasional

Kenderaan elektrik dijangka dapat tarik pelaburan sebanyak RM20 bilion

KEMENTERIAN Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) menyasarkan pelaburan kenderaan elektrik (EV) dapat menarik pelaburan sebanyak RM20 bilion menjelang 2025.

Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata jumlah itu diunjurkan akan meningkat kepada RM40 bilion pada 2030.

“Kita perlu melihat ekosistem EV dan rantaian bekalan secara menyeluruh dan kita juga akan membincangkan lebih lanjut bersama pasukan petugas mengenai usaha memperkukuhkan lagi industri EV ini ,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian perjanjian memorandum (MoA) antara Artroniq Bhd (Artroniq) dan syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) Beno Inc.

Zafrul berkata industri EV harus dilihat secara menyeluruh dan merangkumi faktor seperti perisian, teknikal, peralatan, kejuruteraan dan sebagainya.

Sementara itu, menerusi MoA yang ditandatangani hari ini, Artroniq diberi hak pemasangan penuh bagi rangkaian produk basikal elektrik dibawah jenama Reevo bagi tempoh dua tahun.

MoA berkenaan bernilai melebihi RM100 juta menjelang 2025 dan mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Artroniq Liaw Way Gian berkata terdapat tiga fasa di bawah MOA tersebut, pertama, ia melibatkan pemasangan basikal elektrik bagi pasaran AS dan Eropah, fasa kedua adalah bagi menjadi pengedar produk keluaran Reevo di pasaran Asia Tenggara dan seterusnya adalah kerjasama dengan Beno Inc dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) motor elektrik yang akan dimulakan separuh kedua tahun ini.

Lebih 95 peratus basikal elektrik yang yang dikeluarkan oleh Beno dieksport ke AS dan Eropah, katanya.

“Bagi fasa pertama, Artroniq telah mengenalpasti fasiliti yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang bagi proses pemasangan produk tersebut dan kami memperuntukkan RM5 juta utk menyediakan kilang tersebut disamping mengupah tenaga kerja,” katanya.

Liaw berkata syarikat tersebut menjangkakan penghasilan kira-kira 2,000 unit basikal elektrik sebulan bermula Mac ini selepas mendapat persetujuan pemegang saham syarikat tersebut menerusi mesyuarat am tahunan yang akan diadakan pada Februari nanti.

Ditanya mengenai prospek syarikat tersebut, beliau memberitahu syarikat yang disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia mensasarkan sektor pembuatan untuk menyumbang sebanyak 50 peratus kepada keuntungan syarikat dalam jangka masa dua tahun dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang merupakan aktiviti utama syarikat tersebut.

“Pada masa akan datang, kita akan membahagikan aktiviti syarikat kepada dua, iaitu ICT dan pembuatan, dimana usahasama dengan Beno dikategorikan dibawah cabang pembuatan,” jelas beliau.

Artroniq dilihat aktif mempelbagaikan aktiviti syarikat ICT sejak tahun lepas, syarikat tersebut bekerjasama dengan bank digital Cambodia, Panda Commercial Bank PLC untuk menyediakan perkhidmatan dan perundingan dalam penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan kewangan berasaskan lejer digital terbuka untuk bank tersebut.

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button