Belang Bertempat

Jangan jadi seperti kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil berbunyi lagi. Kali ini beliau meneropong Menteri MITI, Datuk Seri Tengku Zafrul. Ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!

Tengku Zafrul dikatakan ingin membenarkan graduan asing bekerja di sektor teknologi tinggi di Malaysia.

CIMB group chief executive officer Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz (left) and CIMB group financial chief officer Khairul Rifaie (right) during the First Half Financial Year 2019 results announcement in Kuala Lumpur on Thursday. AUGUST 29,2019.
PIC RAZAK GHAZALI

Dia kata, “Sekarang ini, mereka (graduan asing) tidak dibenarkan bekerja (di Malaysia). Mungkin kita boleh melihat kawasan yang tidak mencukupi rakyat Malaysia terutamanya dalam perkhidmatan nilai tambah (seperti) sektor teknologi tinggi, kita boleh membenarkan pelajar antarabangsa bekerja di Malaysia…” demikian catatan Isham yang nampaknya menjadi pemerhati politik prihatin masa kini.

Kata Isham lagi, pada pandangan beliau, sekarang ini ramai graduan yang tidak ada kerja.

“Yang ada kerja pula gajinya rendah. Kini kamu mahu import graduan asing dan bayar mereka pula.

“Jika kamu bayar gaji tinggi kepada graduan asing, ia tidak adil untuk graduan tempatan. Jika kamu bayar gaji rendah pula kepada graduan asing ini maka gaji graduan tempatan pun akan jadi lebih rendah lagi dan lebih ramai graduan tempatan akan menganggur, bawa Grab, Food Panda, atau hilang kerja,” tempelak Isham.

Catatan Isham lagi, jika tidak cukup graduan tempatan, tambah kemasukan dan latihan di universiti dalam sektor tersebut, untuk melatih graduan di universiti hanya perlu 3-4 tahun.

“Bukannya buka flood gate untuk graduan dan pekerja asing dalam sektor nilai tinggi pula.

“Kamu ingin jaga graduan tempatan atau graduan asing? Kalau macam ini pemikiran kamu buat dasar, hancurlah negara tidak lama lagi,” kata Isham tajam menikam. – SM

(Visited 133 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button