Nasional

Tiada rumah terbuka Hari Raya di Seri Perdana – Anwar

Perdana Menteri, Datuk seri  Anwar Ibrahim berkata, tiada acara rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri  akan diadakan di Seri Perdana tahun ini.

Katanya, ia, sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kos.

Ini menandakan kali kedua pentadbirannya tidak mengadakan rumah terbuka di peringkat persekutuan, bertolak daripada amalan sebelum ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau sebaliknya akan menghadiri rumah terbuka anjuran negeri dan kementerian.

“(Dengan cara ini) tidak akan ada kesan besar terhadap perbelanjaan,” katanya pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan.

Anwar juga menggesa ketua-ketua agensi dan jabatan untuk menggunakan sepenuhnya cuti Aidilfitri mereka untuk berjumpa dengan wakil penduduk dan belia untuk mengenal pasti masalah di kampung halaman mereka.

“Jangan hanya pulang ke kampung untuk bertemu keluarga, tetapi juga bertemu AJK masjid, belia dan kampung, dan sebagainya.

“Cari jalan untuk membantu mereka mengenal pasti golongan termiskin (yang memerlukan bantuan), atau anak yatim yang tidak dapat bersekolah,” katanya. – SM

(Visited 12 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button