Luar Negara

Kapal angkasa China peroleh imej seluruh planet Marikh

SELEPAS mengelilingi planet Marikh lebih 1,300 kali sejak awal tahun lepas, akhirnya sebuah kapal angkasa China berjaya memperoleh data meliputi seluruh Marikh termasuk visual kutub selatannya.

Menurut media milik kerajaan China, Tianwen-1 China yang dikemudi tanpa kru berjaya ‘menakluki’ planet merah itu pada Februari 2021 dalam misi sulung negara berkenaan ke sana.

Sejak itu, sebuah jentera robotik digunakan di permukaan ketika pengorbit meninjau planet terbabit dari angkasa.

Antara imej yang diambil dari angkasa ialah gambar pertama China di kutub selatan Marikh di mana hampir semua sumber air di planet ini tertutup.Ads by

Pada 2018 siasatan orbit yang dikendalikan oleh Agensi Angkasa Eropah menemui air di bawah ais kutub selatan planet itu.

Pengesanan air di bawah permukaan adalah faktor utama untuk menentukan potensi planet bagi menampung kehidupan serta menyediakan sumber kekal untuk sebarang penerokaan manusia di sana.

Imej lain yang diperoleh Tianwen-1 ialah gambar gaung Valles Marineris sepanjang 4,000 kilometer (km) dan kawah hentaman tanah tinggi di utara Marikh yang dikenali sebagai Arabia Terra.

Tianwen-1 juga menghantar semula imej dengan resolusi tinggi membabitkan di hujung kawah Maunder yang luas, serta pemandangan bahagian atas Ascraeus Mons 18,000 meter, gunung berapi perisai besar yang pertama kali dikesan oleh kapal angkasa Mariner 9 Nasa lebih lima dekad yang lalu. – SM

 

(Visited 353 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button