Politik

Selepas laporan polis, Zahid berdepan aduan lembaga disiplin parti

Aduan dibuat kepada Lembaga Disiplin UMNO menggesa menggantung tugas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku presiden dan pada masa sama siasatan dijalankan atas dakwaan salah laku ketika menggalas tanggungjawab itu.

Surat ahli UMNO, Faizan Mohd Nor ditujukan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Zulhasnan Rafique itu ekoran laporan portal berita Awani memetik sumber bahawa Zahid mengakui rakaman audio beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus tamat perhimpunan agung UMNO tempoh hari.

Faizan Mohd Nor

Laporan yang memetik sumber ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata pengakuan itu dibuat semasa berlangsung mesyuarat MKT.

Zahid turut dituduh menipu ahli UMNO kerana sebelum ini menafikan penglibatannya.

Individu berkenaan juga merujuk perbuatan Zahid yang menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Perkara itu terkandung dalam surat yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Istana seperti yang didedahkan Tan Sri Annuar Musa kepada media ketika itu.

Di dalam surat itu, antara yang disebut oleh Zahid mengenai usaha menjatuhkan kerajaan sekarang, menukar perdana menteri dan menjanjikan kesetiaan kepada Anwar.

Tindakan itu membelakangkan pendirian parti tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Pihak berkenaan juga mendakwa Zahid baru-baru ini melakukan penipuan apabila tersebar dokumen verbatim beliau kepada Yang di-Pertuan Agong mendakwa mesyuarat MKT UMNO telah membuat keputusan untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional pada 1 Ogos 2021.

Aduan kepada Lembaga Disiplin UMNO

Dalam dokumen verbatim tersebut, Zahid juga memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong kononnya semua Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi GLC dan Ahli Parlimen parti UMNO juga telah berjanji untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sedangkan mesyuarat MKT yang didakwa Zahid itu tidak pernah berlaku.

Pihak berkenaan juga mendakwa malah 35 Ahli Parlimen UMNO, termasuk Menteri dan Timbalan Menteri telah menegaskan hanya akan meninggalkan PN setelah Parlimen dibubar sebagaimana ketetapan yang dibuat pada perhimpunan agung UMNO.

(Visited 840 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button