Selepas lama mendiamkan diri akhirnya Aliff Aziz muncul

SEJAK seminggu lalu, industri hiburan kecoh berkenaan keretakan rumah tangga selebriti Aliff Aziz dan Bella Astilla ditambah lagi dengan seorang gadis dari Singapore Sarah Yasmin yang turut mendedahkan bukti Aliff berhubung dengan beberapa orang pelakon perempuan. Selepas lama mendiamkan diri akhirnya Aliff Aziz muncul di Podcast ‘The Common Folks’, berkongsi mengenai isu kontroversi yang membabitkan dirinya baru-baru ini.