Sukan

Lee Chong Wei luah kongsi detik sebelum bersara

SELEPAS setahun bersara, lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengimbau kembali detik sebelum beliau bersara selepas 25 tahun dalam sukan badminton.

Beliau yang membuat perkongsian di laman sosial Instagramnya memberitahu bahawa keputusan untuk bersara sudah dibuat 10 hari sebelum sidang akhbar persaraannya secara rasmi.

“Saya bersyukur kerana persaraan saya tidak ditentang mana-mana pihak. Tiada paksaan untuk saya terus bermain termasuk dari pihak Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya pernah terfikir untuk cuba bermain lagi tetapi fizikal saya sudah lemah dan kurus. Otot juga sudah lembik,” katanya.

Chong Wei turut merakamkan penghargaan buat isterinya Wong Mew Choo yang banyak memberi kekuatan ketika mengharungi detik sukar.

Ketika sesi sidang akhbar, Chong Wei berkata, beliau cuba untuk menahan air mata daripada mengalir.

 

“Beberapa minit sebelum sesi sidang akhbar, saya berjumpa dengan bekas jurulatih saya, Datuk Misbuk Sidek, Datuk Seu Bock dan Hendrawan.

“Kami tidak berbual panjang pun sebab mereka tahu yang saya sedang mengawal emosi ketika itu. Sudah bertahun dengan mereka, sebab itu mereka tahu,” katanya.

Namun ketika beliau membuat ucapan terima kasih kepada jurulatihnya pada sesi sidang akhbar itu, Chong Wei gagal menahan air matanya.

Tambahnya, kenangan ketika mula-mula berlatih di Pulau Pinang sehinggalah namanya dilaung penyokong di stadium membuatnya benar-benar sebak.

Chong Wei menamatkan kerjaya sebagai pemain badminton kebangsaan dengan 69 kejuaraan, termasuk 47 gelaran Siri Super membolehkan beliau bergelar Raja Siri Super. – SM

(Visited 344 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button