Selepas dikecam, Daiyan batalkan kontrak dengan jenama terkenal
Akhirnya Selebriti cantik, Daiyan Trisha, 31, batalkan beberapa kontrak dengan jenama terkenal yang berhubung kait dengan negara Israel selepas namanya tersenarai dalam gerakan Blockout 2024.
Selepas menerima beberapa kali kecaman dari para netizen, Daiyan terima teguran dari orang ramai.
“Saya ingin maklumkan saya sudah membatalkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya berkerjasama.
“Saya terima segala teguran… Saya ambil serius tentang isu ini dan sekarang ini adalah tindakan dan menunjukkan pendirian berterusan saya,” katanya
Bagaimanapun penyanyi dan pelakon itu tidak menjelaskan kerugian dan panalti yang harus dibayar balik kerana menjadi duta kepada jenama antarabangsa itu.
Terdahulu, Daiyan telah memuat naik beberapa bukti bahawa dirinya langsung tidak pernah melupakan apa yang terjadi terhadap saudara-saudara di Palestin dengan berkongsi tangkapan layar resit transaksi sumbangan ke atas empat badan berbeza menjangkau RM100,000.
Hal ini susulan namanya telah disenarai dalam gerakan Blockout2024 terhadap mana-mana selebriti dan juga influenceryang mempromosikan jenama pro penjajah di platform mereka
Gerakan yang disambut baik rakyat Malaysia itu menuai pro dan kontra apabila ada sesetengah pihak yang melakukan tindakan tersebut dengan keterlaluan sehingga sanggup memaki hamun serta meninggalkan ugutan kepada public figure.
Selain Daiyan Trisha, beberapa nama selebriti seperti Awal Ashaari, Scha Alyahya, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Neelofa, dan ramai lagi turut berada dalam senarai Blockout2024 yang tular di media sosial